Powered By Blogger

Demi masa manusia dalam kerugian kecuali.............

Waktu Solat

Projek Ternak Lintah.

Wah,bunyinya amat menggelikan tapi tahukah anda harga sekilo lintah menjangkau hingga rm 300.00.Anda tidak memerlukan ruang yang luas untuk membolehkan anda melaksanakan projek ini.Boleh dilaksanakan di branda rumah sahaja.Cuba anda bayangkan ,menternak lintah dalam tangki atau tong air yang warna hitam tu boleh memuatkan 300 ekor lintah boleh dijual dalam masa 4 bulan beratnya melebihi 20 kilo untuk satu tong yang luasnya 3 kaki x 3 kaki.Huhhhhhhhhh boleh kaya bang....Apa lagi jom buat.Saya sedia membantu anda.
(15ogos2008/5.31 pm)

Friday, May 30, 2008

Projek Tanam Sayur Cuti Sekolah

Cuti-cuti sekolah begini biasanya orang akan sebuk melancung ke sana ke mari.Lebih kurang 20 orang rakan aku melancung ke Sumatera tapi aku lebih senang memikirkan bagaimana hendak mencari duit lebih bersama anak-anak.Ya..anak-anak zaman sekarang mesti didedahkan dengan perkara-perkara yang membolehkan mereka berfikir dengan lebih matang dan mereka juga perlu diajar berdikari serta mengunakan masa dengan berfaedah,jadi aku bersama anak-anakku "buat kebun sayur".Ya dalam masa satu minggu cuti sekolah kami berjaya membuat 10 batas sayur.Kalian tahu..!! sudah ada tempahan yang kami dapat walaupun sayur baru di tanam kerana sayur kami tiada baja kimia,semuanya baja organik.Senang sungguh buat duit rupanya.

Thursday, May 29, 2008

Mei 29,2008.

Cerita orang nak menipu aku:
Assalamualikum ustaz...,apa khabar?minta maaflah ustaz kalau menganggu ustaz.Tujuan saya bukan nak mengganggu tapi dah terpaksa saya terpaksa tebalkan muka lagi pun saya nampak ustaz ni baik orangnya sebab itulah saya nak bercakap dengan ustaz.Minta maaf ustaz,sebenarnya saya ni ada masalah sikit.Saya baru disuruh keluar dari rumah sewa dan saya tak da tempat nak tidur.Bukanlah niat saya nak tumpang tidur rumah ustaz,saya faham mungkin nanti menyusahkan ustaz sebenarnya saya nak minta sikit aja bantuan dari ustaz kalau boleh bagi saya sesepuluh dua untuk makan anak-anak saya.Tidur,tak pelah kami boleh tidur di masjid buat sehari dua ni.
Hah..ini salah satu pengalaman saya berhadapan dengan orang yang nak buat duit mudah.Harap tuan-tuan jangan buatlah cara ini sebab tak boleh dan memalukan.Orang boleh kenal sama ada kita susah atau buat-buat susah ,jangan nak kelentong orang.