Powered By Blogger

Demi masa manusia dalam kerugian kecuali.............

Waktu Solat

Projek Ternak Lintah.

Wah,bunyinya amat menggelikan tapi tahukah anda harga sekilo lintah menjangkau hingga rm 300.00.Anda tidak memerlukan ruang yang luas untuk membolehkan anda melaksanakan projek ini.Boleh dilaksanakan di branda rumah sahaja.Cuba anda bayangkan ,menternak lintah dalam tangki atau tong air yang warna hitam tu boleh memuatkan 300 ekor lintah boleh dijual dalam masa 4 bulan beratnya melebihi 20 kilo untuk satu tong yang luasnya 3 kaki x 3 kaki.Huhhhhhhhhh boleh kaya bang....Apa lagi jom buat.Saya sedia membantu anda.
(15ogos2008/5.31 pm)

Friday, August 22, 2008

Projek Ternak Ayam Telur

Petang tadi saya menonton rancangan Agrotek di TV.Waw...hebat betul projek brother tu.Dia ternak ayam telur dengan sistem yang sangat canggih.Ayam bertelur tanpa henti dan telurnya terus bergolek kedalam tempat pengagihan gred serta pembungkusan.Pekerja hanya masukkan kedalam bekas dan lori sahaja.Bayangkan dalam sehari sahaja beratus ribu biji telur dikeluarkan.Ayam telurpun kerjanya makan dan terus bertelur.Hebat betul dia buat duit,maksudnya duit dia mengalir masuk 24 sehari tanpa henti.Teringin rasanya nak buat projek macam ni.Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, August 13, 2008

Projek Tanam Serai

Semalam saya melihat dan membaca kelebihan dan keuntungan yang diperolehi dari projek menanam pokok serai.Ianya sangat mudah dan tidak mempunyai sebarang resiko kerana ia tidak diserang makhluk perosak samada babi,monyet atau lain-lain.Kos penyelengaraannya juga sangat minima kerana tidak memerluka baja cuma mungkin pastikan kawasan penanamannya tidak terlalu semak.Saya juga membayangkan elok kiranya tanah-tanah sawah terbiar di kampong-kampong diusahakan dengan penanaman serai.Cuma mungkin untuk mendapatkan pasaran tetap yang banyak agak sukar diperolehi.Jika ada pemborong yang mahukan kuantiti serai yang banyak bolehlah menghubungi kami.

Tuesday, June 17, 2008

Projek Ternak Itik.

Haa....!!ini lagi salah satu projek yang berfaedah yang boleh anda buat.Jangan fikir negatif sahaja kalau nak berjaya,mesti cuba dulu .Walaupun begitu anda perlu membuat kajian tentang sesuatu projek yang anda hendak laksanakan,jangan main hentam aje nanti akhibatnya projek entah ke mana duit modal yang terbang.
Berkaitan dengan projek ternak itik ni,modalnya tidaklah besar sangat-cukup dengan RM10,00.00 sahaja tapi lebih elok dan menjimatkan modal kalau anda buat di tepi lombong terbiar maka anda tidak perlulah gali kolam untuk itik berenang.
Kalau bercakap tentang untung,memang sangat mengutungkan sebab telurnya boleh jual,boleh buat telur masin,bulunyapun laku apatahlah itik segar,sedap rasanya-boleh buat gerai nasi itik.Waww...........bestnya.

Friday, May 30, 2008

Projek Tanam Sayur Cuti Sekolah

Cuti-cuti sekolah begini biasanya orang akan sebuk melancung ke sana ke mari.Lebih kurang 20 orang rakan aku melancung ke Sumatera tapi aku lebih senang memikirkan bagaimana hendak mencari duit lebih bersama anak-anak.Ya..anak-anak zaman sekarang mesti didedahkan dengan perkara-perkara yang membolehkan mereka berfikir dengan lebih matang dan mereka juga perlu diajar berdikari serta mengunakan masa dengan berfaedah,jadi aku bersama anak-anakku "buat kebun sayur".Ya dalam masa satu minggu cuti sekolah kami berjaya membuat 10 batas sayur.Kalian tahu..!! sudah ada tempahan yang kami dapat walaupun sayur baru di tanam kerana sayur kami tiada baja kimia,semuanya baja organik.Senang sungguh buat duit rupanya.

Thursday, May 29, 2008

Mei 29,2008.

Cerita orang nak menipu aku:
Assalamualikum ustaz...,apa khabar?minta maaflah ustaz kalau menganggu ustaz.Tujuan saya bukan nak mengganggu tapi dah terpaksa saya terpaksa tebalkan muka lagi pun saya nampak ustaz ni baik orangnya sebab itulah saya nak bercakap dengan ustaz.Minta maaf ustaz,sebenarnya saya ni ada masalah sikit.Saya baru disuruh keluar dari rumah sewa dan saya tak da tempat nak tidur.Bukanlah niat saya nak tumpang tidur rumah ustaz,saya faham mungkin nanti menyusahkan ustaz sebenarnya saya nak minta sikit aja bantuan dari ustaz kalau boleh bagi saya sesepuluh dua untuk makan anak-anak saya.Tidur,tak pelah kami boleh tidur di masjid buat sehari dua ni.
Hah..ini salah satu pengalaman saya berhadapan dengan orang yang nak buat duit mudah.Harap tuan-tuan jangan buatlah cara ini sebab tak boleh dan memalukan.Orang boleh kenal sama ada kita susah atau buat-buat susah ,jangan nak kelentong orang.

Saturday, March 29, 2008

MAKE MONEY

MASA UNTUK BERUBAH.
Masa..adalah pelari terpantas,
making aku kejar making laju geraknya,
kini..aku semaking mengah hampir kecundang,
sekilas imbas aku making culas.
Di mana harus aku geledah,
wang yang semaking parah,
nilai semaking rendah,
harga barangan naik tak reti sudah.
Milo ais satu harga RM 2.50
Teh tarik satu nilai RM 1.50
Mee goreng mereng RM 4.50
Itu harga di kaki lima
Pun sudah parah rasanya.
BAGAIMANA????
Masih tak mahu berubah???
Ya..aku tahu kita making keliru,
yang mana satu hendak dituju,
silap pilih semuanya menjadi haru biru
wang tak dapat tapi dapatnya hanya malu
MARI BUAT DUIT:
Tanam sayur/Tanam ubi/Tanam getah/Tanam jambu/Tanam tebu/Tanam limau.
Ternak ayam kampung/Ternak ikan/Ternak itik/Ternak kambing/Ternak Lembu.