Powered By Blogger

Demi masa manusia dalam kerugian kecuali.............

Waktu Solat

Projek Ternak Lintah.

Wah,bunyinya amat menggelikan tapi tahukah anda harga sekilo lintah menjangkau hingga rm 300.00.Anda tidak memerlukan ruang yang luas untuk membolehkan anda melaksanakan projek ini.Boleh dilaksanakan di branda rumah sahaja.Cuba anda bayangkan ,menternak lintah dalam tangki atau tong air yang warna hitam tu boleh memuatkan 300 ekor lintah boleh dijual dalam masa 4 bulan beratnya melebihi 20 kilo untuk satu tong yang luasnya 3 kaki x 3 kaki.Huhhhhhhhhh boleh kaya bang....Apa lagi jom buat.Saya sedia membantu anda.
(15ogos2008/5.31 pm)

Friday, August 22, 2008

Projek Ternak Ayam Telur

Petang tadi saya menonton rancangan Agrotek di TV.Waw...hebat betul projek brother tu.Dia ternak ayam telur dengan sistem yang sangat canggih.Ayam bertelur tanpa henti dan telurnya terus bergolek kedalam tempat pengagihan gred serta pembungkusan.Pekerja hanya masukkan kedalam bekas dan lori sahaja.Bayangkan dalam sehari sahaja beratus ribu biji telur dikeluarkan.Ayam telurpun kerjanya makan dan terus bertelur.Hebat betul dia buat duit,maksudnya duit dia mengalir masuk 24 sehari tanpa henti.Teringin rasanya nak buat projek macam ni.Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, August 13, 2008

Projek Tanam Serai

Semalam saya melihat dan membaca kelebihan dan keuntungan yang diperolehi dari projek menanam pokok serai.Ianya sangat mudah dan tidak mempunyai sebarang resiko kerana ia tidak diserang makhluk perosak samada babi,monyet atau lain-lain.Kos penyelengaraannya juga sangat minima kerana tidak memerluka baja cuma mungkin pastikan kawasan penanamannya tidak terlalu semak.Saya juga membayangkan elok kiranya tanah-tanah sawah terbiar di kampong-kampong diusahakan dengan penanaman serai.Cuma mungkin untuk mendapatkan pasaran tetap yang banyak agak sukar diperolehi.Jika ada pemborong yang mahukan kuantiti serai yang banyak bolehlah menghubungi kami.